Diary

3 Month <3

Assalamualaikum.w.b.t

Pejam celik je dah 3 bulan. Syukur alhamdulillah. Dah 3 bulan menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Orang tanya best ke kawin? Of course la best, ada teman dikala suka dan duka. Hihi Dah 3 bulan berlalu baru sempat nak update blog balik, nampak sangat busy dia lepas kawin kan. Hihi 😆

Pada 2 Oktober 2015 hari Jumaat sekitar jam 10.30 am (tak ingat sangat sebab nervous kemain) alhamdulillah akhirnya saya sah bergelar seorang isteri kepada cik abang sayang tu. Perasaan sebelum akad nikah hanya Allah je yang tahu dup dap dia macam mana. Syukur semuanya dipermudahkan. Terima Kasih Sayang terima saya sebagai isteri awak 😉 sempat touching sekejap. Huhu

Resepsi dilangsungkan pada hari Ahad 4 Oktober 2015 berdekatan rumah sofea sendiri. Alhamdulillah majlis dipermudahkan, semoga Allah meredhai majlis kami.

Semoga sofea dapat menjadi isteri yang solehah, dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin insyaa Allah. Doakan yang terbaik buat Sofea dan pasangan 🙂

Salam sayang,

Cik Pia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge