Dayang-Dayang Spa Mont Kiara  | Diary Safiyah

Assalamualaikum.w.b.t

Alhamdulillah semua urusan kawin dah selesai. Alhamdulillah, tak sangka dah jadi isteri orang. Puan dah ohh noo 😉

Hampir 2 minggu lebih baru ada masa nak share pengalaman berspa di Dayang-Dayang Spa ni. Hehe al maklumlah pengantin sibuk sikit. Bukan sikit okay banyak sangat sibuk sebab 2 minggu berturut2 Resepsi kedua-dua belah pengantin. Tak apa penat sikit kawin sekali  je kan 😀

Nak diceritakan, dua minggu sebelum akad nikah memang dah plan nk pergi berurut sebabkan badan dah penat sangat.  Survey punya survey semua jauh2, disebabkan kerja jadi tak ada masa. Cari punya cari last jumpe Spa yang dekat dengan office. Dah jumpa yang dekat kita pegi je lah ye 😉

Lepas waktu kerja terus pergi Dayang-dayang Spa ni, dapat offer pulak 50% OFF untuk yang first time datang. Hehe seronok la macam semua nak ku buat.

Hah ni dia, 50% OFF untuk yang pertama kali datang. Memang best.

Sebelum tu, call dulu untuk buat appointment okay. Kot2 full house, tunggu lama pulak nanti. Sampai jea boleh terus pilih korang nak Treatment Massage yang mana. Pilih lah ikut suka. Hehe rasa macam nak buat semua tapi masa amat mencemburui. Jadi Sofea pilih Malay Tradisional Body Massage sahaja.

Kita tidur kat sini ye. Lena cik kak kena urut :p

Badan letih sangat, bila dah di urut rasa selesa  macam nak tidur pun ada. Haha cuma takut terlajak tidur jadi ku tidur-tidur ayam jea lah. Malay Tradisional Body Massage ni ambil masa dalam 1 jam jugak. Tak ada lah lama sangat kan? Tapi kalau 1 jam jea memang kurang disebabkan tak cukup masa Sofea ambil yang sejam jea.

Lepas urut rasa apa? Macam heaven sangat lepas kena urut taw badan rasa lebih ringan. Yang sakit-sakit sebelum ni pun ok dah. Bangun pagi segar jea rasa. Lepas berurut akak tu bagi minum air halia suam pergh lega tekak saya kak  😉 Sebelum ni minum jugak air halia tapi rasa dia lain tak masuk tekak akak. Hehe dekat Dayang-Dayang Spa ni minum macam minum air masak jea. Hehe Berbaloi untuk yang pertama kali datang tu, sebab semuanya 50%. Buat Malay Tradisional Body Massage ni RM 45 jea 1 jam. Puas jugaklah dalam hati “next time kena pergi lagi” Sebab services dan tempat memang best.

Terima Kasih Dayang-Dayang Spa. Lain kali kita datang lagi 😉

Salam sayang,

Sofea