Apa Itu MLM, Apa Sebenarnya MLM | Diary Safiyah

Assalamualaikum.w.b.t

Tak suka, Benci dan tak berminat langsung bila dengar MLM? Siapa yang ada perasaan sama macam Sofea? Mesti ada kan ? Tapi tunggu dulu biar Sofea terangkan sikit apa sebenarnya maksud MLM ni.

“MLM” atau “Multi Level Marketing”  bermaksud pemasaran yang melibatkan beberapa orang dengan menggunakan sistem pyramid atau terdiri daripada beberapa level dari yang tertinggi hingga ke bawah. Tujuannya adalah untuk memasarkan produk kepada pelanggan khususnya sekaligus mengembangkan rangkaian sesebuah syarikat itu sendiri.

MLM sebenarnya bagus jika sesebuah syarikat atau rangkaian mengamalkan konsep nya dengan baik. Sebab apa Sofea kata mcm tu? Dengan MLM orang atasan dapat melatih bawahannya menjadi seorang penjual atau pengedar yang lebih baik bagi membantu mengembangkan jualan mereka. Wakil jualan atau pengedar ini juga akan membantu orang lain menjadi seperti mereka bagi meraih kejayaan bersama-sama.

Bagus bukan? Tetapi sekarang banyak yang menyalahgunakan konsep MLM tersebut. Sehingga mengelirukan banyak orang. Dengar je MLM dah ramai yang menganggap MLM ni tak bagus kerana ia menindas orang bawahan. Kerana keuntungannya direkrut oleh orang atasan. Menyebabkan ramai anak muda dan sesiapa sahaja akan takut untuk join bisnes MLM.

Akan tetapi masih ada beberapa syarikat yang patuh dan telus dengan konsep MLM yang sebenarnya. Keuntungan tak direkrut orang atasan, harga produk mengikut yang telah ditetapkan oleh syarikat, menjual dan meluaskan lagi penjualan pun akan dapat keuntungan yang sama rata. Contohnya adalah Shaklee Corporation. Saya merupakan salah seorang pengedar produk Shaklee pada hari ini.

Kenapa saya kata Shaklee syarikat MLM yang telus dan patuh kerana setiap pengedar yang dapat meluaskan penjualan akan mendapat keuntungan yang sama mengikut hasilnya. Tidak hairan selepas mengetahui yang Shaklee telah diiktiraf sebagai BEST MLM BRAND didalam produk nutrisi oleh BrandLauraete pada tahun 2014/2015.

Sofea pernah terjebak dengan syarikat MLM tuttt (tak boleh sebut) yang menjanjikan pelbagai dan konsepkan seperti menindas kerana ia bukan jual produk. Maksud mudahnya begini tak jual produk pun tak apa asal dapat orang. Keuntungannya pun orang atasan akan dapat. Rasa tertindas bila tak dapat apa-apa. Akhirnya Sofea tinggalkan terus MLM tersebut.

Selepas terjebak Sofea jadi lebih berhati-hati. Syukur alhamdulillah sehingga ke hari ini Sofea masih bertahan dan selesa dalam Shaklee. Bukan sahaja dapat makan Vitamin dan produk nya yang semulajadi tetapi Sofea sudah merasa bonus yang diberikan oleh Shaklee untuk yang berjaga meluaskan dan memasarkan produk mereka. Jadi sebelum kita menghukum yang MLM ini jahat, kita siasat dahulu latar belakangnya. Kerana tak semua MLM yang menindas kita. Banyak yang menawarkan peluang terbaik untuk kita. Yang penting siasat dulu ok. Bak kata orang Inggeris “Dont Judge the Book by its cover”.

Sampai sini sahaja perkongsian Sofea. Jadilah seorang yang bijak dalam membuat keputusan.

Salam Sayang,

Sofea @ Cik Pia