Diary

Part 2 # Panduan Saringan Ujian HIV Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum.w.b.t

Ingat lagi tak Sofea ada kongsi pengalaman masa buat Ujian Saringan HIV di Klinik Kerajaan Jinjang baru-baru ini. Alhamdulillah keputusannya dah di hantar untuk di submit di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Hari ini Sofea nak kongsi panduan dan prosedur yang teratur bagi memudahkan urusan bakal pengantin semua.

Langkah Pertama #1

Bakal Pengantin dan pasangan hendak lah menyediakan Borang -Borang yang berkaitan. Untuk menjalani Ujian Saringan HIV bagi bakal pengantin yang bernikah di kawasan Wilayah Persekutuan. Dapatkan Borang Persetujuan Menjalani Ujian Saringan HIV daripada pihak JAWI. Borang boleh didapatkan di Pejabat JAWI (bahagian perkahwinan) atau pun laman web JAWI sahaja.

Klik SINI untuk dapatkan Borang daripada laman web JAWI

Langkah Kedua #2

Dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang jadual atau sesi bagi menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kerajaan berdekatan. Biasanya untuk ujian saringan HIV bakal pengantin diminta untuk membuat ujian saringan di Klinik Kerajaan mengikut negeri masing-masing berdasarkan alamat di kad pengenalan.

Jadi untuk bakal-bakal pengantin yang akan bernikah dan menetap di kawasan Wilayah Persekutuan dan berurusan dengan JAWI boleh menjalani ujian HIV di Klinik/Hospital Kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Boleh call mana-mana Klinik Kerajaan atau G.Hospital yang berdekatan dengan anda.

Langkah #3

Dah dapat maklumat dan jadual sesi untuk Ujian Saringan HIV. Isi siap-siap Borang Persetujuan Menjalani Ujian HIV daripada JAWI. Dan buat pendaftaran di Klinik (mana-mana GH atau Klinik Kerajaan)

Pendaftaran dibuat di Bahagian Unit Pentadbiran. Sertakan dokumen berikut :-

  1. Kad Pengenalan anda & Pasangan (Jika buat serentak)
  2. Borang Persetujuan Menjalani Ujian Saringan HIV daripada JAWI

Lengkapkan Borang yang diberikan oleh pihak Klinik @ Hospital sebelum menjalani Ujian.

Langkah #4

Buat Pembayaran di kaunter yang telah disediakan. Jika di Klinik Kesihatan Jinjang kita diminta terus ke Kaunter 6 untuk ambil No. Giliran selepas selesai pendaftaran di Unit Pentadbiran dan tunggu sehingga nama @ no.giliran kita dipanggil.

Buat Pembayaran di kaunter RM 1 sahaja untuk seorang taw.

Langkah #5

Beredar ke Bilik 18.

Selepas pembayaran kita diminta ke Bilik No.18 atau bilik yang berkenaan untuk prosedur seterusnya. Nurse akan jalankan Ujian Saringan HIV. Selepas selesai anda dan pasangan boleh balik.

Langkah #6

Ambil Keputusan Ujian Saringan HIV.

Keputusan Ujian biasanya akan diberi selepas 1-2 jam selepas ujian dijalankan. Tetapi tak semua Klinik @ Hospital macam ni. Ada yang boleh dapat masa tu juga jadi tak perlu pulang cuma tunggu sekejap jea. Yang nurse suruh datang balik selepas 2 jam tu boleh wakilkan salah seorang pasangan anda.

Selepas itu, boleh submit Keputusan Ujian ke Jabatan Agama WP (JAWI) atau Jabatan Agama mengikut negeri masing-masing berserta dengan dokumen yang lain.

Moga info yang tak seberapa ini dapat membantu anda dan pasangan anda. Sofea doakan moga segala persiapan anda semua dipermudahkan 🙂

Salam Sayang,

Sofea @ Cik Pia

2 thoughts on “Part 2 # Panduan Saringan Ujian HIV Untuk Bakal Pengantin

  1. Salam pia , sy nk tnya .. borang persetujuan utk buat hiv tu kan .. kalau macam sy dr Kelantan tp nk buat ujian HIV kat kl .. borang persetujuan tu sama j ke untuk semua negeri ? Atau kalau yg pantai Timur punya borang lain² x sama ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge