Diary

Part 1 # Ujian Saringan HIV

Assalamualaikum.w.b.t

Okay nak di ceritakan pagi ni Sofea pergi buat ujian HIV di Klinik Kerajaan Jinjang. Memandangkan semalam dah call siap-siap tanya pukul berapa yang available untuk buat ujian HIV ni. Jadi hari ini pagi-pagi dah bersiap dalam 8.30 pagi dah bergerak dari rumah.

Jauh tak? Tak ada lah jauh dalam 15-20 minit sampai cuma nya sesat kejap tadi. Maklum lah tak pernah pulak pergi klinik kerajaan jinjang tu kalau demam pun pergi dekat klinik dekat-dekat rumah je. Hehe

Memang dari hari tu dah niat akan pergi ke Klinik Jinjang je lagi pun tak ramai orang. Tadi sampai pun tak ada orang, untuk buat ujian saringan HIV kita kena isi maklumat dalam buku pendaftaran dan borang di Unit Pentadbiran lepas isi akak nurse yang comel tu minta ke kaunter pendaftaran untuk bayar borang RM 1 je.

Sebelum Sofea lupa untuk yang nikah di Wilayah bawa sekali Borang Persetujuan Menjalani Ujian Saringan HIV daripada JAWI. Sofea print dari website je. Sehari sebelum pergi print siap-siap dan masuk dalam beg, jadi tak ada lah terlupa ok. Klik Sini untuk dapatkan Borang Persetujuan Menjalani Ujian Saringan HIV.

Lepas bayar untuk borang tu baru di minta ke bilik no 18 untuk buat ujian saringan HIV. Dah masuk tunggu sekejap akak nurse tu pun keluarkan perkakas dan alatan untuk ujian tu, seram? Tak ada lah cuma eksited nak rasa macam mana dia cucuk ambil darah tu ekeke padahal dup dap dup dap sebab Sofea dah lama tak kena ambil darah.

Last masa kena denggi dulu. Itu dah terlampau biasa sampai tiap hari hadap jarum jadi tak ada lah takut sangat Dengan baiknya Sofea dahulukan cik tunang hihi siap-siap duduk terus depan akak nurse tu nampak tak permainan dia hihi tup tup eh dah siap nampak lah darah cik tunang tu keluar sikit lepas tu nurse sedut pakai dropper macam dalam gambar bawah tu kejap je ok dah siap.

 

ujian-saringan-hiv-untuk-bakal-pengantin

 

Tiba giliran Sofea, rileks je lepas tu hulur tangan dekat akak nurse tu , memang ku tenung satu-satu nurse tu sediakan alatan. Hehe tup tup dia cucuk jari tu ngeh comel pulak darah ni keluar merah sungguh. Sekejap je dah siap, nurse suruh balik dulu pukul 12 boleh datang ambil keputusan ye.

Mungkin berlainan dengan Klinik Kerajaan lain macam Sofea baca sebelum ni ada yang dapat on th spot tapi dkt Klinik Kerajaan Jinjang kena tunggu nanti dalam 2 jam selepas tu baru ambil. Balik dulu sebab kerja hari ini, minta cik tunang je ambil keputusan Ujian Kesihatan HIV tu. Alhamdulillah dia mesej dah dapat, tenang lah sikit boleh kawin dah Hehee

Selepas itu boleh dah hantar keputusan ujian HIV untuk di submit ke Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), berserta dengan dokumen-dokumen yang lain. Memandangkan pasangan Sofea pun daerah Wilayah jadi senang submit sekali di JAWI.

Sekejap je rupanya buat Ujian HIV ni semalam ingat lama nasib baik amek buat pagi lepa stu boleh masuk kerja dah. Doakan supaya majlis Sofea dan pasangan berjalan dengan lancar ye. Insyaa Allah lepas ni Sofea kongsikan lagi sedikit prosedur untuk membuat HIV test ni dengan lebih jelas ye. Ada nak tanya bolek comment di bawah ya. Insyaa Allah Sofea bantu.

Salam Sayang,

Sofea @ Cik Pia

4 thoughts on “Part 1 # Ujian Saringan HIV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge