Tips Jimat Berbelanja Barang Kahwin – Diarysafiyah

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini Sofea nak kongsi sikit cara atau tips jimat berbelanja untuk majlis perkahwinan kita nanti. Hari itu dah simpan siap-siap list persiapan majlis kahwin tu? Kalau belum rujuk sini dan simpan siap-siap okay :* Memandangkan lepas je  bulan Ramadhan dan bulan Syawal ni kad jemputan dah berderet dekat rumah. Sofea percaya ramai lagi yang akan menyusul mendirikan rumah tangga selepas ini.

Oleh itu, dikesempatan ini Sofea akan berkongsi sedikit tips atau cara macam mana nak jimat berbelanja untuk Majlis Kahwin kita nanti. Nak jimat kos yang banyak di zaman kegemilangan GST ni? Mesti ada perancangan yang teliti sebelum membuat sebarang perbelanjaan.

Tips Jimat Berbelanja Barang Kahwin

1# Rancang & Catat

Untuk barang-barang hantaran @ majlis perkahwinan seharusnya dah dari awal kita rancang dan catat apa barang yang diperlukan untuk majlis nanti. Hal ini lebih menyenangkan kita untuk meneliti setiap barang keperluan sama ada mencukupi ataupun tidak.

Contohnya barang keperluan untuk Hari Pernikahan, seperti hantaran atau pun barang keperluan Majlis Resepsi. Catat dan asingkan mengikut bahagian agar lebih menyenangkan kita untuk membelinya nanti.

2# Tentukan Bajet Setiap Keperluan

Hal ini sangat penting. Menentukan bajet setiap barangan atau keperluan adalah sangat penting agar kita dapat berjimat-cermat semasa  pembelian. Selepas mengagihkan barangang @ keperluan yang hendak dibeli tentukan terus bajet yang diperuntukan. Ia sekaligus memudahkan kita untuk menyimpan terus jumlah perbelanjaan setiap barangan.

Dan bila dah ada bajet setiap barangan ia lagi memudahkan kita untuk mencari atau membeli barangan tersebut mengikut harga yang ditetapkan. Contohnya bajet kita untuk tempahan pelamin RM 2500 dan semestinya kita akan cari @ “survey” pelamin yang harganya RM2500 ke bawah. Bila sesuai dengan bajet dan menepati citarasa hati kita, kita akan menempah pelamin tersebut, jadi kita ada sasaran disitu. Jelas kan? Tentukan Bajet Anda dari sekarang.

3# Asingkan Duit Mengikut Keperluan

Dah ada Bajet? Okay bila dah ada bajet untuk setiap barangan asingkan terus duit anda. Sofea pasti sebelum anda semua membeli sesuatu barang anda akan cari @ survey harga yang lebih murah kan? Jadi bila dah tentukan bajet asing siap-siap duit untuk barang keperluan tersebut.

Contoh nya bajet untuk membuat Kad Jemputan sebanyak RM 500. Cari Kad Jemputan yang menepati citarasa anda yang berharga tidak lebih daripada bajet yang anda tentukan. Simpan terus dalam sampul dan tulis siap-siap untuk “Perbelanjaan Kad Jemputan”. Jadi kita nampak duit keluar, tak ada lah berlaku pembaziran kan. Asing siap-siap macam dalam gambar dekat atas. Guna je lah sampul raya lepas tu Hehe

4# Belanja Sebulan Satu

Belanja sebulan satu? Mesti ada yang kurang faham kan? Okay Belanja Sebulan Satu yang Sofea maksudkan kat sini adalah untuk barangan yang besar-besar kita boleh agihkan. Iaitu buat pembelian setiap bulan hanya satu barang sahaja.

Apabila dah agih bajet tentukan pulak bulan ini nak beli apa dulu. Contohnya barang hantaran untuk pengantin Perempuan ada 5 barang yang perlu kita beli. Bila dah ada persiapan awal, tentukan untuk beli apa dulu. Contoh bulan ini beli Jam dahulu, bulan depan beli Telekung, bulan depan beli kasut dan bulan-bulan seterusnya beli yang lain. Ia sangat membantu menjimatkan kos perbelanjaan kita pada bulan tersebut.

5# Senaraikan Barangan Yang Hendak DiBeli

Buat “Checklist” sebelum keluar membeli barang. Dah catat semua barang keperluan untuk Majlis nanti kan? Okay sebelum nak keluar untuk mencari atau membeli barang keperluan tersebut buat senarai barang apa yang hendak dibeli pada hari tersebut. Tips yang ini sangat-sangat membantu daripada pembaziran.

Kalau diperhatikan beli barang tanpa checklist” selalu tersasar dari jalannya. Hihiks realiti okay. Macam Sofea pun kalau ada “checklist” barangan nak beli barang senang jea dan memang tak “ter” beli barang lain. Sebab kita ada tujuan apa yang nak dibeli. Tapi kalau keluar tanpa sebarang “checklist” barangan kadang-kadang ada barang yang terlupa dan selalu terbeli barang yang tak perlu. Rugi 🙁

6# Simpan Baki

Tips yang ini ramai yang kurang peduli dan ada yang tak peduli. Ingat kan? Kita dah peruntukkan bajet untuk setipa barang kalau barang yang kita beli harganya lebih murah daripada bajet yang kita dah simpan siap-siap tu. Mesti ada baki kan? Okay baki tolong simpan  🙂

Sebab kenapa kena simpan? Ia lebih mudah kita nak kira atau tengok balik jumlah perbelanjaan kita. Dari situ kita boleh kira-kira jumlah perbelanjaan dan duit yang keluar. Simpan baki perbelanjaan juga akan mengelakkan kita daripada melakukan pembaziran. Contohnya bajet yang dibekalkan RM 300 tapi barang yang kita dapat beli hanya RM 180 ada baki RM 120. Banyak kan? Kalau kita simpan boleh topup untuk belanja barang keperluan lain.

Yang terakhir, bila kita dah ada tujuan nak beli barang untuk Majlis nanti. Cuba elak daripada membeli barangan yang kurang penting buat masa ini. Tahan lah nafsu sikit, nak jimat kan? Jadi selamat mencuba ya semua bakal-bakal raja sehari semua. Pembaziran itu amalan syaitan. Cuba ubah dari sekarang.

Beli yang perlu sahaja 😉

Salam Sayang,

Sofea aka Cik Pia