Diary

Fenomena Shopping Raya di Mood Republik Memang Ohsem !!

Assalamualaikum.w.b.t

Ramadhan makin berada di penghujung, alhamdulillah semoga ibadah kita semua mendapat keredhaan dari Allah sepanjang bulan mulia ini.

Kehangatan hari raya dah makin terasa, terutamanya kepada penduduk-penduduk kota kuala lumpur. Kalau pergi turun KL dah nampak masing-masing bawa keluarga untuk belanja persiapan hari raya. Sesak jalan dekat KL tu memang sesak nak-nak sekarang minggu terakhir untuk berbelanja sebelum menjelang syawal.

 

moodrepublik2015

 

Mood Republik Fenomena No. 1 Malaysia

Tak kurang juga, di perkarangan Putra World Trade Centre (PWTC) dari hari sabtu dah mula sesak dengan kebanjiran ribuan manusia untuk berbelanja pakaian dan barangan bagi menyambut perayaan yang akan datang. Fenomena Shopping Raya di Mood Republik sangat sangat meriah dengan sambutan yang sangat memberangsangkan daripada penduduk Kota.

Sejak dapat tahu di instagram Mood Republik akan di adakan di PWTC seminggu sebelum hari raya, Sofea memang bercadang untuk ke sana bagi membeli persiapan raya. Ambil peluang masa ini sebab penjual-penjual akan mengadakan promosi. Jadi boleh jimat sikit untuk perbelanjaan hari raya. Tapi hari sabtu tu tengok dekat instagram Mood Republik orang ramai dah datang sesak sofea rasa tak sanggup nak redah. Huhu Tak tahu nak bersesak macam mana dekat sana.

Mesti terkejut kalau tengok gambar ini. Kita pinjam gambar dari instagram Mood Republik

 

moodrepublik

moodrepublik2015

moodrepublik2015
Nealofa pun ada

moodrepublik

moodrepublik2015

moodrepublik2015
Emma Maembong pun ada okay

moodrepublik2015

Ramai sangat kan orang? Jalan jangan cakap memang jem ya ampun. Huhu tahun lepas Sofea pergi jugak Mood Republik ni,  tapi tak seramai macam sekarang. Nak raya lah katakan. Semua pakat shopping dekat sini senang kot sebab semua ada. Baju anak isteri suami semua ada, hah sekali jalan je kan.

Rambang mata memang tak payah cakap lah, huhu rasa semua nak beli. Hehe Tapi sofea nasihatkan buat lah senarai dulu sebelum datang senang nak cari apa yang kita nak kan. Perempuan dan shopping berpisah tiada. 😉  Mood Republik pun dah sediakan no. booth setiap vendor di instagram jadi boleh prepare awal-awal dari rumah nak pergi booth mana.

Semua pakaian butik yang berjenama ada di Mood Republik, macam Calaqisya, Naelofar Hijab, Dreamika, RinaSallehClothing, Radiusite, Bella Ammara, Minaz, Zawara, Aidijuma, HanaBella dan banyak lagi. Yang penting semua nya best-best dan cantik-cantik uolls.

Terima Kasih kepada pihak penganjur Mood Republik, kerana memberikan kemudahan kepada semua rakyat kota Kuala Lumpur untuk berbelanja pakaian hari raya dalam satu tempat sahaja. Memang lengkap dari anak ke mak. Shopping last minute dekat Mood Republik sahaja. Memang terasa kemeriahannya. Sakan beraya lah nampaknya. Dah rasa kehangatan hari raya tu bila shopping meriah dengan Mood Republik.

MOOD REPUBLIK MEMANG OHSEM !!!

TERIMA KASIH DAUN KELADI TAHUN DEPAN JUMPA LAGI  🙂

2 thoughts on “Fenomena Shopping Raya di Mood Republik Memang Ohsem !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge