Produk Kesihatan Shaklee

Atasi Ruam Bayi Dengan Krim Semulajadi

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini sofea nak kongsi dengan mommy2 semua cara nak atasi ruam pada anak-anak. Rasanya ramai mommy2 yang ada masalah sama kan pada anak-anak.

Terutamanya pada yang tak sesuai dengan lampin bayi pakai buang atau pun ruam susu.

Apa itu Ruam?

Ruam adalah masalah kulit yang menjadi kemerah- merahan atau kasar pada bahagian pipi, leher, dagu atau bahagian anggota badan yang lain.

Ramai mommy-mommy beranggapan ruam pada baby disebabkan oleh ruam susu. Ya memang betul. Ruam susu biasanya tetapakan berlaku pada bayi apabila bayi minum susu campuran sama ada susu formula atau susu ibu.

Ruam susu atau ekzema biasanya akan berlaku apabila bayi tidak serasi atau terdapat alahan pada susu formula. Tak serasi dengan susu ibu pula adalah berpunca daripada pemakanan si ibu yang boleh menyebabkan bayi mendapat alahan dan menimbulkan ruam.

 

cara-hilangkan-ruam-baby

Menurut Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul berpendapat bagi mengurangkan kesan alahan yang di alami oleh bayi, ibu digalakkan untuk menukarkan susu formula kepada susu protein atau pun yang terbaik iaitu susu ibu sendiri.

Antara Cara Lain Untuk Menghilangkan @ Mengurangkan Ruam

Ruam atau ekzema juga boleh dirawat atau dikurangkan dengan cara-cara yang berikut :-

  1. Ibu perlu memastikan setiap makanan yang diberikan pada bayi selamat untuk dimakan tanpa sebarang alahan
  2. Ibu perlu segera membersihkan sisa susu ibu yang ada dibahagian pipi bayi bagi mengelakkan tindak balas bakteria dan fungus terhadap kulit bayi
  3. Ibu perlu menjaga pemakanan yang diambil bagi mengelakkan alahan terkena kepada bayi dan akan menimbulkan ruam
  4. Ibu perlu memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih bagi memastikan keselesaanya

 

Dr Anthony James Mansul juga menasihatkan agar para ibu tidak perlu risau kerana ruam hanyalah bersifat sementara dan ia akan hilang dengan sendiri cuma mengambil masa untuk pulih seperti biasa. Jika ruam makin hari bertambah teruk dinasihatkan untuk membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Selain itu juga, penggunaan sabun pembersih yang mengandungi bahan-bahan kimia juga mampu memberi alahan terhadap bayi kita. Jadi dinasihatkan untuk mencuci pakaian bayi, ibu haruslah menggunankan sabun pembersih yang tanpa bahan kimia seperti bahan pewangi dan pembersih yang merbahayakan. Sebaiknya cuci pakaian bayi dengan sabun yang 100% diperbuat daripada bahan semulajadi.

Untuk cara lain mommy2 juga boleh menggunakan krim sapuan yang bersifat sejuk bagi melegakan kerangsangan kulit bayi dan mengurangkan kemerah-merahan ruam dikulit nya. Krim yang popular sekarang ni untuk atasi ruam pada bayi ialah Krim Herbal Blend. Ia banyak membantu mommy2 yang bayinya mengalami ekzema @ ruam di bahagian pipi akibat alahan susu atau dipanggil ruam susu.

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee

Herbal Blend Multi-Purpose Cream adalah krim yang dihasilkan daripada tumbuhan herba semulajadi seperti sage, horse chestnut, yarrow dan juga rosemary. Krim ini telah pun diuji secara klinikal dan dijamin selamat untuk penggunaannya.


Krim Ajaib untuk pelbagai kegunaan. Herbal Blend juga boleh digunakan sebagai losyen harian juga, bila ruam anak dah ok masih boleh teruskan penggunaan herbal blend untuk losyen harian. Sejuk bermentol dan wangi memang semua orang suka.

Testimoni Herbal Blend Untuk Ruam




Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkannya, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge