Tips Tangani Stress

10 Tips Mudah Tangani Stress

Assalamualaikum.w.b.t

Salam sayang buat pembaca, hari ini sofea nak kongsi beberapa tips untuk tangani stress melampau yang selalu kita hadapi bila terlalu banyak kerja atau hal yang kita fikirkan. Stress boleh membunuh anda. Jadi atasi masalah stress ini seawal mungkin.

Bila kita stress, banyak kesan nya yang akan berlaku kepada diri kita mahupun orang disekeliling kita. Bila kitatak dapat untuk mengawalnya, ia akan menjejaskan reputasi kerja, kesejahteraan antara keluarga, dan ketenangan dalam diri kita sendiri.

 

cara-atasi-stress-melampau

 

10 B Tangani Stress Serta Merta

1. Bertenang

Bila stress cuba tenangkan diri dan fikiran kita, off kan sekejap hal yang kita fikirkan. Dorong otak untul berfikir secara positif ketika ini. Cuba duduk dan bertenang, lemparkan senyuman dari dalam hati agar diri kita dapat mengawal stress tersebut.

2. Bernafas Secara Dalam

Cuba duduk dan tarik nafas sedalamnya, bayangkan kita sedang menyedut aura-aura yang positif dan menghembus aura-aura negetaif keluar daripada diri kita. Ulang sehingga 4-5 kali sampai anda rasa tenang.

3. Berkata “relaxlah”

Biasakan kalau kita marah depan kawan-kawan kita, mereka akan kata relax lah atau bertenang. Tapi sekarang cuba atasi denga sendiri, bila rasa tertekan atau stress lemparkan sendiri cakap dalam hati atau lontarkan dengan nada suara sederhana untuk telinga kita dengar. Bagi menyedarkan diri kita, yang kita ddalam keadaan tidak tenteram. Relax ok?

4. Beribadat

Hal ini antara yang paling bagus untuk peroleh ketenangan. Bila kita stress dengan masalah duniawi cuba kembali ke fitrah. Kembali pada Allah dengan beribadat kepada Nya. Mengadulah segala masalah kita dan berdoa mmeohon ketenangan dengan masalah dunia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa hambaNya.

5. Berkongsi Perasaan @ Masalah Dengan Seseorang

Cuba atasi stress dan bebanan yang kita hadapi dengan berkongsi masalah atau cerita hal yang kita hadapi dengan seseorang yang kita percaya. Insyaa Allah dia boleh membantu meringankan fikiran dan menenangkan kita. Carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk berkongsi masalah kita.

6. Berurut

Bila stress kepala pun  sakit kan? Cuba berurut untuk melegakan segala kesakitan dan melancarkan saluran darah dan urat-urat yang tegang. Luangkan masa dalam sehari tu 1-2 jam untuk berurut bagi melegakan kesakitan anda. Lepas urut mesti akan rasa lebih segar dan ringan.

7. Berehat & Mendengar Muzik

Bila stress cuba rehatkan minda dan fikiran kita, dengan mendengar muzik atau alunan zikir-zikir yang menenangkan. Mendengar alunan ayat-ayat al-quran juga adalah salah satu terapi meredakan stress atau tekanan.

8. Beriadah 

Lakukan riadah setiap petang atau pagi hujung minggu untuk mengurangkan stress @ tekanan. Beriadah seperti bermain badminton, bersantai bersama keluarga dan sebagainya.

9. Bersenam

Salah satu cara menghilangkan stress adalah dengan bersenam. Bila bersenam automatik otak kita akan lebih fokus dengan senaman dan akan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Ia sekaligus mengurangkan risiko untuk kita cepat stress atau tertekan dengan masalah yang bakal kita hadapi.

10. Berfikiran Positif

Macam yang saya cakap dipermulaan tadi, sentiasa berfikiran positif. Kalau kita sentiasa positif kita tak akan paksa otak untuk fikir yang akan membebankannya. Positif bila ditimpa masalah, positif kan fikiran kita. Insyaa Allah kita boleh atasi atau kurangkan stress dalam diri kita.

 

cara-tangi-stress-melampau

 

Amalkan 10 cara untuk tangani stress melampau yang selalu serang diri anda, Insyaa Allah ia sedikit sebanyak boleh membantu anda. Hadiahkan hati kita juga dengan pengisian-pengisian yang boleh membina iman dan ketakwaan kita pada Allah dan merapatkan kita pada Nya. Insyaa Allah kita akan lebih tenang menghadapi setiap masalah yang mendatang. Semoga sedikit tips ini dapat membantu anda dan diri saya sendiri 🙂

Salam sayang,

Sofea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge