Resepi Masakan

3 Langkah Mudah Masak Spaghetti Aglio Olia

Assalamualaikum.w.b.t

Salam Ramadhan semua, apa khabar sihat? Hari ini nak kongsi satu resepi yang mudah lagi ringkas. Kalau rajin ke mengidam ke boleh buat untuk hidangan berbuka ya. Hehe
resepi-spaghetti-goreng-aglio-olio

Spaghetti Goreng ni ala ala Spaghetti Aglio Olio, jadi ke tak jadi makan jea. Hehe janji sedap okayh. Nak tahu macam mana sedap? Bila orang yang makan tu minta untuk tambah lagi dan lagi tu makna nya sedap πŸ˜‰

Spaghetti Aglio Olia

Bahan-bahan

  • Spaghetti @ (saya guna Vermecelli brand San Remo sbb lagi halus)
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • Chili Flakes
  • Oregano
  • Daun Parshley
  • Cheese Sosej brand Ayamas
  • Olive Oil


3 Langkah Mudah

  1. Rebus
  2. Goreng
  3. Gaul 

Nampak macam mudah kan?  Eleh 3 langkah mudah tu je semua orang boleh buat. Bukan nampak mudah memang mudah πŸ˜‰ Jom Cuba kalau tak percaya.

  1. Rebus terlebih dahulu spaghetti mengikut berapa hidangan yang kita nak makan (angkat dan biarkan sekejap bagi air2 rebusan tu kering sikit)
  2. Potong halus 2 ulas bawang putih , panaskan olive oil dan goreng bawang sehingga masak @ kemerah-merahan
  3. Masukkan bahan-bahan seperti chili flakes, oregano dan daun parshley ke dalam kuali yang ada bawang tadi
  4. Masukkan spaghetti dan gaul sehingga rata
  5. Jangan lupa masukkan cheese sosej dan gaul lagi sekali sehingga rata

Tadaa dah siap paling mudah dan ringkas. Kegemaran sangat πŸ˜‰ Kalau nak tambah udang ke sayuran ke bole jea tambah. Sofea tak boleh makan udang sangat sebab tu tak guna.

Hidangan yang ringkas untuk berbuka puasa nak buat bukan bulan puasa pun boleh. Senang kan? Selamat Mencuba πŸ™‚
Salam sayang,

Sofea

 

4 thoughts on “3 Langkah Mudah Masak Spaghetti Aglio Olia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge