Resepi Masakan

Resepi Roti Sosej Goreng Rangup Untuk Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum.w.b.t

Salam Ramadhan semua kesayangan saya πŸ˜‰ Alhamdulillah hampir separuh dari bulan Ramadhan telah kita lalui. Moga Allah memberi kesempatan untuk kita merasai hingga ke hujung ramadhan pada tahun ini. Amin

Hari ini, sofea nak kongsi satu resepi yang mudah lagi senang untuk buat juadah moreh berbuka puasa. Untuk kurangkan belanja dibazar boleh cuba resepi ini ya. 

Roti Sosej Goreng

  

Bahan-bahan

  1. 1 Pack Roti Keping
  2. 1 biji Telur
  3. Sosej
  4. Breadcrumps

Cara-cara

  1. Rebus sosej terlebih dahulu (saya rebus untuk kurangkan penggunaan minyak)
  2. Lenyek kepingan roti sehingga nipis
  3. Bila sosej dah masak angkat dan biarkan seketika
  4. Gulung sosej pada kepingan roti yang dah nipis tadi
  5. Gam kan sedikit bahagian hujung dengan telur
  6. Celup roti yang dah siap digulung dengan telur 
  7. Oleskan breadcrumps dengan rata di sekeliling roti
  8. Dan goreng sehingga agak kekuningan
  9. Bila semua dah goreng sedia untuk dihidangkan

Senang dan cepat kan? Untuk bulan ramadhan ni boleh guna resepi ini untuk juadah berbuka nanti. Selamat Mencuba semua. 

Salam sayang,

Sofea

4 thoughts on “Resepi Roti Sosej Goreng Rangup Untuk Juadah Berbuka Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge