Produk Kesihatan Shaklee

8 Tips Atasi Masalah Gastrik Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.w.b.t

Alhamdulillah, dah masuk 15 hari berpuasa. Kita semua masih dapat merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini. Moga Allah masih beri peluang kita merasai ramadhan hingga ke penghujungnya. Amin

Marilah kita manfaat kan masa yang tersisa untuk bulan Ramadhan dengan ibadah dan amalan bagi meraih pahala berganda dan keampunan daripada Allah s.w.t

Pada hari ini, sofea nak kongsi dengan semua, tips atau cara kita nak atasi masalah gastrik yang dihadapi oleh ramai orang. Tak kira dibulan Ramadhan atau bulan-bulan lainnya. Cuma kali ini, sofea nak fokus macam mana kita nak atasi diri kita daripada terkena serangan gastrik ni pada bulan Ramadhan.

 

cara-atasi-gastrik-dibulan-ramadhan

 

Tips Atasi Masalah Gastrik Di Bulan Ramadhan

1. Amalkan Pemakanan Yang Seimbang

Pada bulan puasa ni sebaiknya kita jaga dan amalkan pemakanan yang seimbang bagi menjamin kita memperolehi kesihatan yang optimum  meskipun dalam bulan ramadhan.

Paling mudah juadah berbuka dan sahur kita sediakan keperluan ikut Pyramid Makanan tu. Lebih mudah kan. 

2. Berbuka Dengan Segera

Untuk mengatasi masalah gastrik menyerang, segerakan lah waktu berbuka. Maksud nya disini, masuk sahaja waktu maghrib dan azan terus berbuka.

3.  Jangan Skip Makan Waktu Sahur

Yang ini BIG NO ya. Tolong jangan skip sahur. Terutamanya untuk pesakit gastrik ni. Kalau anda skip waktu sahur, bermakna perut anda kosong sepanjang hari. Bila perut kosong ia lagi memudaratkan keadaan perut kita.

Yang mungkin jika terlalu kerap skip sahur (perut kosong) akan menyebabkan ulser perut kerana tiada makanan yang hendak diproses. Puncanya apabila hydrochloric asid mula menghakis lapisan perut sedikit demi sedikit. Jadi tolong jangan skip waktu sahur.

4.  Makan Makanan Sunnah Rasulullah

Seperti yang kita tahu, waktu berbuka atau sahur cuba mulakan dengan pengambilan makanan sunnah. Kerana ia adalah makanan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Seperti Kurma atau buah tamr(tamar).

Rasulullah S.A.W bersabda : “Apabila diantara kalian berpuasa, berbukalah dengan kurma,jika tidak ada kurma, maka berbukalah dengan air, kerana air itu suci”

Rasulullah menggalakkan kita berbuka dengan makanan sunnah kerana banyak fadilat dan kebaikan yang tersendiri. Untuk yang ada gastrik macam sofea, cuba amalkan makan kurma, insyaa Allah perut kita dalam keadaan baik walaupun berpuasa.

Kurma juga adalah makanan sunnah yang kaya dengan zat, nutrien, gula dan zat besi. Jadi baik untuk sistem penghadaman kita juga.

Makan Kurma dalam kuantiti yang ganjil dari 3,5 atau 7 biji kurma.

5.  Elak Makanan yang Tinggi Kandungan Asid

Gastrik akan menjasi teruk apabila didalam tubuh badan kita mengandungi kandungan asid (hydrochloric acid) yang berlebihan. Jadi untuk mengelakkan keadaan gastrik anda bertambah teruk. Cuba elakkan makanan yang tinggi kandungan asid.

Contohnya seperti :-

  • Buah-Buahan Citrus
  • Tomato Base

6.  Elak Makanan Yang Terlampau Pedas & Berminyak

Untuk yang sukakan makanan yang pedas dan berminyak, semasa bulan puasa ni cuba elakkan atau kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan berminyak. Kerana makanan yang pedas dan berminyak akan merangsang perembesan jus gastrik secara berterusan. Yang akan menyebabkan keadaan perut akan lebih berasid dan pedih. Neutralkan dengan makanan yang boleh menyeimbangkan ph perut kita. Seperti pisang dan susu.

7.  Jangan Tidur Selepas Sahur

Yang ini memang pantang untuk yang ada gastrik, petua orang tua-tua pun sebenarnya bagus. Sebab waktu sahur tu kita makan. Orang tua-tua kata tak elok lepas makan tidur kan. Kerana ia menganggu proses penghadaman kita. Bila kita tidur lepas sahur makanan akan terganggu untuk dihadam ia boleh menyebabkan perut menjadi pedih dan sakit.

8. Sahur Dalam Bentuk Sederhana

Amalkan makan sahur dalam bentuk yang sederhana. Maksud saya makan jangan mengikut nafsu. Ambil dengan kuantiti yang sederhana dan skop nisbah yang sederhana. Pakar nutrisi menyarankan seeloknya semasa sahur makan nasi walaupun hanya sengenggam nasi. Nasi adalah sumber karbohidrat complex, ia akan memberikan kita kenyang lebih lama. Dan mampu bertahan untuk berpuasa sepanjang hari.

Selain itu, kita juga boleh cuba berusaha dengan cuba mengambil suplemen sampingan untuk merawat keradangan perut yang menyebabkan gastrik. Terdapat banyak suplemen yang boleh kita cuba. Antaranya ialah suplemen keluaran Shaklee.

Rawat Gastrik Dengan Shaklee

Tengok Video ini dulu ๐Ÿ˜‰

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul… from iReach HD on Vimeo.

Seronok kan? Gastrik terubat secara tak sengaja. Alhamdulillah. Sebab itu kita kena usaha untuk menyembuhkan nya. Sebab gastrik boleh pulih jika kita menjaganya.

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Set Gastrik seperti di atas , saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

6 thoughts on “8 Tips Atasi Masalah Gastrik Di Bulan Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge