Produk Kesihatan Shaklee

Tips Kekal Cergas, Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini sofea nak kongsi kan sedikit tips daripada pengalaman sofea sendiri dalam penggunaan produk Shaklee. Ingat tak hari tu sofea ada update di wall fb. Sofea nak kongsi tips untuk kekal sihat dan bertenaga dengan 2 produk Shaklee yang sofea makan sendiri.

Antara 2 produk Shaklee tersebut ialah :-

  1. E-SOY PROTEIN SHAKLEE
  2. SUSTAINED RELEASE VITA-C SHAKLEE

Kedua-dua produk ni antara produk yang sangat memberi kesan positif pada diri sofea. Dua-dua produk ni pun antara Hot Seller cepat sangat licin macam goreng pisang. Tak percaya boleh google testimoni untuk kedua-dua produk ni  😉

 

tips-kekal-cergas-dibulan-puasa

 

Sofea akan kongsikan kebaikan dan tips untuk setiap produk yang sofea amalkan pada bulan Ramadhan ini ya. Moga bermanfaat untuk semua.

1. E-SOY PROTEIN SHAKLEE

E-Soy Protein Shaklee atau ESP merupakan minuman yang diasaskan daripada sumber protein non-GMO. Ia juga adalah minuman sumber protein kegemaran saya. Macam yang kita tahu ESP memberikan banyak kebaikan dan manfaat untuk kesihatan diri kita.

Kali ini, saya nak kongsi pengalaman saya mengamalkan ESP dibulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah pada hari ini dah 14 hari kita semua berpuasa. Niat kita berpuasa kerana Allah S.W.T. Jadi tak ada sebab kalau kita tak puasa secara tak sengaja melainkan kaum wanita kan. Rasanya belum terlambat nak ucap selamat berpuasa untuk semua  😉

Ok back to the topik. Sebenarnya sofea dah lama amalkan pengambilan ESP ni, sebelum ni ambil untuk turunkan berat badan. Sebab bila minum ESP ia sangat mengenyangkan. Jadi makan saya pun kurang. Hehe apa dia? kurus ke tak? hehe kurus keding tu tak ada lah tapi alhamdulillah boleh turun sebanyak 4kg dalam sebulan lebih.

Bila saya dah rasa perubahan dalam diri saya lepas minum ESP, saya ambil keputusan untuk teruskan semasa bulan ramadhan. Alhamdulillah 14 hari berpuasa, saya ambil waktu sahur sahaja. Perut tak pedih macam dulu. Kalau tak sebelum ni even lambat makan sikit pun perut pedih ya ampun. Siapa ada gastrik mesti tahu macam mana sakit dia kan?

Sekarang sejak amalkan ESP perut ok sangat tak meragam masa bulan puasa. Alhamdulillah. Lepastu walaupun berpuasa tak de lesu-lesu mengantok ke apa waktu berkerja. ESP memang the best. Siapa yang ada masalah gastrik macam sofea sarankan sangat minum ESP ni.

Siapa yang sesuai minum ESP Shaklee semasa bulan Ramadhan?

  1. Ibu Hamil – Membekalkan tenaga berpanjangan
  2. Sesiapa yang ada gastrik – Melegakan pedih perut
  3. Sesiapa yang berkerja – Membekalkan tenaga sepanjang hari
  4. Ibu Berpantang – Membekalkan susu yang cukup untuk anak
  5. Nak Kulit Cantik Masa Raya – Membantu pertumbuhan sel sel baru yang mencantikkan struktur kulit wajah

Tips 1 : Amalkan pengambilan ESP Shaklee sewaktu sahur untuk kekal bertenaga dan alas perut yang terbaik untuk kita berpuasa sepanjang hari. 

2. SUSTAINED RELEASE VITA-C SHAKLEE

SR Vitamin C Shaklee atau Vita-C Plus ini merupakan Vitamin C Shaklee yang diformulasikan daripada bahan semulajadi yg kaya dengan Vitamin C dan Bioflovinoid. Ini pun antara vitamin peberet saya.

Dah 14 hari berpuasa, perasan tak cuaca sekarang tak menentu. Kadang hujan, kadang panas. Keadaan macam ni yang boleh menyebabkan ramai diantara kita diserang sakit. Contohnya demam, selsema, batuk atau boleh panggil sakit 3 serangkai. Kalau demam yang lagi 2 tu pun mesti melekat sama. Betul tak?

Jadi untuk bulan puasa ni, Sofea lebihkan sikit dos pengambilan untuk kuatkan lagi sistem imun badan sofea. Vitamin C sangat bagus untuk meningkatkan dan menguatkan sistem imun tubuh kita untuk menentang segala bakteria dan virus yang mudah tersebar melalui udara.

Malam semalam pergi terawih ke surau, ramai sangat yang batuk. Macam sofea kata mungkin sebab faktor cuaca sekarang. Sambung menyambung makcik-makcik dan akak-akak yang batuk dekat ruang solat muslimah tu. Balik jea terus telan lagi sebiji Vitamin C.

Sebab takut berjangkit, kalau dulu sofea sangat senang berjangkit kalau ada orang batuk atau selsema. Rekod kerja dalam sebulan mesti ada sekali MC. Huhu sebab demam, tapi alhamdulillah sejak amalkan SR Vita-C Shaklee imun badan makin kuat rasanya. Memang sampai sekarang tak pernah demam teruk sampai cuti kerja. Alhamdulillah

Selain tu jugak, Vitamin C ni sangat sesuai untuk akak-akak yang nak melawa masa raya nanti. Melawa dengan Vit C? Huhu Bukan baju je kena cantik taw. Kulit wajah pun kena jaga, baru lah kulit cantik halus mulus kan. Hehe

Vitamin C membantu penghasilan kolagen dalam tubuh badan manusia. Macam yang kita tahu kolagen ni sangat penting untuk menjaga keanjalan kulit wajah. Kalau rasa nak kulit cantik mengalahkan artis korea cuba amalkn pengambilan Vitamin C dari sekarang. Tengok sendiri perubahannya 😉 memang kalah retis nanti. Hehe

Tips 2 : Ambil 1 biji SR Vitamin C selepas waktu sahur dan berbuka secara konsisten untuk kekal sihat sepanjang Ramadhan ini dan sekaligus bonus untuk kulit cantik dan halus.

Kesimpulannya, 2 produk yang macam sofea kongsikan ni sangat sesuai diambil untuk sesiapa yang ada masalah macam sofea. Terutamanya yang selalu mengalami masalah gastrik teruk. Yang dah ada ESP tu cuba amalkan secara konsisten. Dan SR vitamin C untuk yang mudah terkena jangkitan virus macam mudah selsema dan batuk. Cuba amalkan ya. Dan jangan lupa cukupkan pengambilan masak jugak. Semoga dapat sama-sama membantu kita menjaga kesihatan dibulan Ramadhan kali ini.

Sofea kongsikan juga Tips untuk cukupkan minum 8 Gelas Air dalam bulan Ramadhan  🙂

 

Tips Minum Air 8 Gelas Sehari Di Bulan Ramadhan

 

Salam Ramadhan Kareem &

Salam Sayang,

Sofea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge