2 Sebab Penting Wanita Wajib Makan Folik Asid Semasa Hamil – Diarysafiyah

Assalamualaikum.wb.t

Hari ini, sofea nak kongsi beberapa sebab penting kenapa wanita wajib makan atau ambil vitamin asid folik. Bila bercakap mengenai Asid Folik (Folic acid) dan wanita ia sangat berkaitrapat dengan kehamilan.

Untuk pengetahuan anda apabila seseorang wanita yang dalam perancangan untuk hamil atau telah hamil ia akan disarankan untuk mengambil asid folik sebagai vitamin tambahan harian mereka.

Pengambilan vitamin asid folik mengikut cadangan sebanyak 400 mcg setiap kali sebelum dan semasa kehamilan mempunyai banyak kebaikannya. Akan tetapi masih ramai yang tidak tahu apa itu asid folik dan kepentingannya pada wanita.

APA ITU ASID FOLIK? 


Asid Folik ini dikenali sebagai folat iaitu vitamin B9. Sumber makanan yang terbaik bagi mendapatkan asid folik ialah dari sumber makanan yang diperkaya dengan bijirin. Asid Folik memainkan peranan penting dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube) agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik.

BILA MASA YANG SESUAI UNTUK MULA AMBIL ASID FOLIK?


Kecacatan kelahiran biasanya berlaku dalam jangka masa antara 3 hingga 4 minggu di awal kehamilan. Oleh itu pengambilan asid folik sangat penting pada awal kehamilan kita. Kerana pada masa itu asid folik membantu dalam perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang mampu mengelakkan daripada berlakunya kecacatan semasa kelahiran.

Jika kita berjumpa doktor sekalipun pada awal kehamilan kita doktor akan menasihati kita untuk mengambil asid folik dan beberapa vitamin lain untuk membantu mengawal kesihatan ibu dan juga kandungan kita.

Ramai wanita yang tidak mengetahui pengambilan asid folik perlu diambil sebelum mengandung atau hamil lagi untuk membantu pembinaan sel-sel darah merah dan perkembangan bayi didalam kandungan.

Dalam masa 12 minggu pertama tempoh kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan mula berkembang. Oleh sebab itu, 12 minggu pertama kehamilan sangat penting untuk para ibu mengambil asid folik setiap hari secara konsisten.

BERAPA JUMLAH ASID FOLIK YANG SAYA PERLUKAN?

Jumlah asid folik yang dicadangkan untuk semua wanita yang dalam perancangan untuk hamil atau awal kehamilan ialah 400 mcg setiap hari.

Jika sebelum ini anda telah mengambil multivitamin setiap hari anda boleh rujuk pada ruang hidangan yang dibekalkan untuk memastikan setiap vitamin yang dihidangkan cukup untuk anda setiap hari bagi memastikan kesihatan yang kekal untuk anda dan bayi.

Jika tidak anda boleh terus mengambil suplemen asid folik untuk mendapatkan jumlah yang dicadangkan untuk badan kita.

Jumlah Asid Folik Yang Dicadangkan Mengikut Usia Kehamilan :-

  • 400 mcg – Perancangan untuk hamil
  • 400 mcg – Tiga bulan pertama kehamilan
  • 600 mcg – Enam bulan hingga Sembilan bulan kehamilan
  • 500 mcg – Semasa menyusukan

2 SEBAB ASID FOLIK PENTING UNTUK IBU HAMIL

Tanpa asid folik yang cukup untuk badan anda semasa hamil kemungkinan ia akan menyebabkan

  1. Tiub neural bayi anda tidak berkembang dengan baik
  2. Mengalami masalah yang dipanggil kecacatan tiub neural.

Ia juga termasuk :-

  • Spina Bifida – Ia berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna yang mampu menyebabkan kerosakan saraf kekal.

  • Anencephaly – Ia adalah kecacatan pada bahagian otak bayi.

Pengambilan 400mcg asid folik yang mencukupi setiap hari mampu mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat masalah kecacatan tiub neural (neural tube defect) sebanyak 70%.

Pengambilan asid folik diawal kehamilan dan semasa hamil mampu melindungi bayi anda daripada mengalami masalah kelahiran pramatang, kecacatan bibir atau lelangit (sumbing), kelahiran dengan berat badan yang rendah, tumbesaran bayi dalam rahim perlahan dan mampu mencegah ibu daripada keguguran.

DALAM PANTANG PERLU MAKAN ASID FOLIK ATAU TIDAK ?

Pengambilan asid folik juga amat penting semasa dalam pantang kerana ia mampu membantu menurunkan tahap risiko para ibu daripada mendapat masalah komplikasi selepas kelahiran seperti strok, penyakit jantung, kanser, alzaimer dan sebagainya.

Asid Folik ini juga sangat penting untuk  ibu-ibu hamil. Jadi untuk para ibu yang kandungannya masih baru jangan ambil ringan dengan pengambilan asid folik sama asa yang dibekalkan oleh doktor atau yang anda beli di farmasi. Bukan suka-suka doktor suruh makan asid folik ni. Ada sebabnya yang semestinya membawa manfaat bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi semasa dalam tempoh kehamilan atau selepas kelahiran.

SUMBER MAKANAN YANG TERBAIK  SEMASA HAMIL?

Makanan yang mengandungi folat adalah sangat baik untuk ibu dan bayi. Kerana ibu dan bayi memerlukan nutrisi yang berkhasiat daripada makanan hariannya. Kedua-duanya memerlukan nutrisi yang cukup untuk membantu perkembangan dan menjamin kelangsungan kesihatan bersama.

Untuk mendapatkan makanan yang kaya dengan folat bagi ibu hamil dan bayi anda berikut ialah makanan yang mampu membekalkan folat bagi setiap hidangan :-

Makanan-makanan tersebut sangat membantu ibu dalam mendapatkan sumber folat untuk bayi semasa dalam tempoh kehamilan. Selain mengamalkan pengambilan suplemen asid folik ibu juga harus menjaga pemakanannya bagi menjamin dirinya mendapatkan nutrisi yang secukupnya untuk dibekalkan kepada bayi dalam kandungannya.

Akan tetapi asid folik yang diperoleh dalam makanan adalah sangat rendah jika makanan tersebut dimasak dengan suhu yang berlebihan. Sebaiknya bagi mendapatkan nutrisi yang sihat amalkan pengambilan sayuran yang direbus sekejap sahaja agar kita dapat zat dan nutrisinya yang kekal.

Asid folik juga boleh didapati dalam bentuk suplemen. Kebiasaanya jika seseorang itu telah disahkan hamil doktor akan mula memberikan ibu-ibu yang hamil ini dengan asid folik agar dapat membantu para ibu dalam menyokong tumbesaran bayi didalam kandungan dengan baik.

Saya ingin berkongsi dengan anda semua salah satu suplemen terbaik yang membekalkan asid folik perlu yang lengkap dengan Vitamin B untuk para ibu dan wanita diluar sana yang hamil atau masih dalam perancangan untuk hamil.

B-COMPLEX SHAKLEE

B-COMPLEX SHAKLEE :-

  • mengandungi 8 kompenan penting vitamin B
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid
  • 100% biotin dan asid folik
  • membekalkan 200mcg asid folik disetiap hidangan

Kelebihan B-Complex Shaklee 

  • Membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • Mengurangkan masalah keletihan yang sering dialami oleh ibu hamil
  • Membekalkan 200mcg asid folik disetiap hidangan
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru yang sihat
  • Mengurangkan risiko kecacatan bahagian otak (anencephaly) atau tulang belakang (spina bifida) semasa proses perkembangan bayi
  • Membantu  pembentukan sel darah merah dan antibodi yang kuat
  • Mampu merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, keletihan dan muntah-muntah

Bagi mendapatkan asid folik yang terbaik B-Complex Shaklee membekalkan asid folik baik untuk tubuh badan kita. Selain membekalkan asid folik semasa kehamilan B-Complex Shaklee juga membekalkan Vitamin B lengkap yang mampu membantu mengatasi masalah-masalah yang sering dialami oleh ibu hamil seperti melegakan keletihan, muntah-muntah dan pening.

Bagaimana untuk dapatkannya?

Boleh hubungi saya di talian yang berikut atau terus klik gambar dibawah untuk pembelian secara terus menggunakan kad debit atau credit anda  😉

Sekiranya, anda ingin mendapatkan B-Complex Shaklee , saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

* produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat dan menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.